Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang,
amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
* Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:
Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran
* cahaya mata pertama.
* Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
* Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada
Allah Yang Maha Esa.
* Ibu atau bapanya meninggal dunia.
* Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
* Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
* Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran
yang dibaca olehnya.
p/s : Bagi aku lelaki menangis adalah lelaki yang sangat penyayang dan aku da jumpa lelaki macam ini , selain itu dye sangat manja .menangis juga bagus kerana air mata itu boleh membersihkan mata kita dan menangis membuatkan kita merendah diri kepada ALLAH ,
5 comments:
aku pernah menangis, masa ayah aku mati.. aku ingat aku tak mo menangis, tapi air mata aku kluar doe.. mengalir laju membasahi pipi aku yg berjerawat...
zil fattah - mati > meninggal lah , mati untuk haiwan dan tumbuhan , laki2 kdg2 ego aku xkate laki je ego pompan ade gak tp bg aku lelaki yang cpt mnangis nie seorg yang peyayang ;)
mungkin beliau(lelaki) menangis dalam diam..pada masa tiada sesiap disisinya kala itu...
kak makio- perghhh ayat akk mdayung dayung ,hehheeee
hahaha....bese la sasterawan mmg selalu berbicara dengan penuh emosi... wink2x =p
Post a Comment