Assalamualaikum & hello uolls my blogger ;)
Today aku nak cte skit sebab apa dan kenapa Perempuan menangis , entry before nie aku ade cakap pasal lelaki menangis kan , acctualy semalam aku baru lepas menangis ,so today aku search search aa kt internet awat lah hati perempuan cepat tersentuh ,haaaa mai baca bawah ne :)
Kajian ilmiah menyatakan bahawa
perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana
mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada
kelenjar-kelenjar air mata lelaki.
Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.
Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.
Jenis air
mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan
fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang
muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan
perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.
Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Faktor
Panjang Usia
Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Pakar doktor jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.
Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti.

Hormon
Berbicara
Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stressdan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.

No comments:
Post a Comment