BUKAN nak kata, tapi terkata juga. Khabarnya gaun, sut dan kasut
bertatahkan mutiara Rafflesia yang dipakai oleh Memey dan Norman Hakim
akan dipamerkan di Muzium Negara selepas majlis resepsi mereka selesai
nanti.
Eh, siapa Memey tu? Kalau ala-ala Kate Middleton tak mengapalah juga.
Tuah apakah ini? Diva keliru memikirkan hajat penganjur majlis
perkahwinan itu yang sanggup mengusulkan cadangan sedemikian rupa.
Kalau gaun Datuk Siti Nurhaliza atau artis yang lebih besar
pencapaian dan kemasyhurannya dalam bidang seni tanah air bolehlah Diva
terima dengan hati bersulam bangga.
Barangkali boleh Diva kata begini, pasangan popular yang tercalar
dengan kes khalwat perlu dinilai semula walaupun mahkamah melepaskan
mereka kerana terdapat percanggahan keterangan saksi. Itu 'pencapaian'
mereka yang umum sedia maklum.
P/S: Ape2 pon mereka nie da selamat pon menjadi suami isteri yang sah :p
Saturday, September 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment