"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk menegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini
asyik internet, tv atau main bola,Bila nak belajar??? Besar nak jadi
apa???
Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu
tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok
yang lain.
Atuk: Tak sama apanyerr???
Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?
Atuk: Bertuah punya cucu.
No comments:
Post a Comment