salam korang , new post hanya nak berkongsi as pengalaman sikit2 je ;)
7/7/2013- Ahad , Bermula shooting drama tv3 #SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA.
(SINOPSIS DRAMA # SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA #
Kisah percintaan selepas perkahwinan antara
Syafa Aqira dan Firash Arshad. Selepas menghadiri jamuan harijadi di rumah
Raimy, Syafa dipaksa bernikah dengan Firash Arshad tanpa persetujuannya. Firash
Arshad yang muda 4 tahun darinya pasrah. Raimy cuba memerangkap Syafa Aqira
dengan meletakkan serbuk dadah kedalam minuman Syafa, sementara itu Raina (adik
Raimy) berbuat yang sama pada Firash Arshad.
Syafa
lena di bilik tamu, dan tiba-tiba Firash pula masuk dan khayal disitu. Firash
tanpa pertimbangan telah menodai Syafa tanpa pengetahuannya. Semasa berlaku
kejadian di rumah Raimy, teman lelaki Syafa datang lewat ke majlis (Farish).
Farish terjumpa mereka berdua dalam keadaan mengaibkan di bilik tamu sewaktu
rakan-rakan lain sibuk menyanyikan lagu selamat harijadi Raimy. Farish terkejut
dan memaksa mereka berdua bernikah. Setelah peristiwa tersebut diceritakan
dengan panjang lebar kepada Datin Farizah (Ibu Farish dan Firash), Datin
bersetuju menikahkan terus Firash dan Syafa. Syafa pula memang kebetulan anak
angkat Datin Farizah, pasrah.
Farish
pula meninggal dunia saat hari pernikahan Firash dan Syafa. Datin Farizah pula
ditinggalkan suaminya, Datuk Fakhrul setelah Datuk mengahwini Puan Aida (isteri
kedua, dan merangkap ibu kepada Raimy dan Raina). Masing-masing tidak
mengetahui yang Firash adalah anak Datuk Fakhrul.
Perkahwinan
Firash dan Syafa sengaja dirahsiakan Firash dan Syafa dari pengetahuan rakan-rakan
kolej dan pejabat. Tetapi takdir menemukan mereka berdua bekerjasama dalam satu
pejabat di Kerteh. Di situ bermulalah episod saling jatuh cinta, emosi dan
cemburu antara Firash dan Syafa. Sampai ke kemuncaknya, Raina cuba mendapatkan
Firash dengan cara yang kotor, dengan mengupah PI untuk melakukan tugas
memerangkap Firash dan mengambil gambar yang mengaibkan antara Firash dan
Raina.
Gambar
yang di'super imposed' kan tersebut dihantar ke meja Syafa, menyebabkan cinta
yang baru berputik antara Syafa- Firash, terus terpadam. Pada malam annual
dinner, Firash yang tertekan dengan gambar2 tersebut telah memaksa Syafa
menunaikan hak seorang suami. Setelah itu, Syafa melarikan diri ke Shah Alam,
dan Firash terkapai-kapai merindui isterinya..
My sibling kakak , Nur Nadirah , aku (Nur Amirah & adik Nur Sadrina )
tiga-tiga terjebak masuk extra ;)
9.00 PM
JUMAAT
SLOT ZEHRA
No comments:
Post a Comment