Percintaan jarak jauh bagi aku tak semua orang boleh terima dan bertahan , sebab banyak dugaan dan cabaran korang akan tempuhi , sebenarnya aku pun dalam percintaan jarak jauh . banyak benda yang aku harus bersabar untuk kuat dan pertahankan cinta itu , aku akan kongsi sikit dengan korang selama 2 tahun 6 bulan aku bersama dengan si dia , ada part part penting yang korang kena buat untuk sentiasa memberikan kegembiraan pada pasangan korang :)
1. Sentiasa menghubungi si dia
Kunci mempertahankan hubungan cinta jarak jauh adalah tetap mengadakan hubungan dengan terus menerus contohnya dengan macam chatting ,sms , telefon & email , tapi pastikan anda mencerita kan apa apa kepada pasangan yang mengembirakan hati mereka ,jangan pulak cerita benda yang membosankan nanti lagi korang rasa jauh berbatu - batu .
2. Tunjukkan yang anda sangat memberi perhatian kepada pasangan
Tunjukkan perhatian walaupun anda jauh dari sisinya ,kirimkan e-card @ gambar gambar terbaru anda sekali sekala membuat call video @ 3G , nampak andan dan si dia sangat dekat bila melihat muka pasangan secara langsung .
3. Jangan biar kan ada selisih faham
Selalu mencari jalan untuk membaik kan hubungan dengan selisih faham kerana takut nanti semakin lama hubungan anda dan pasangan akan menjadi renggang ,
4. Bersemangat dan lakukan sesuatu milik anda
Jangan mensia sia kan hidup kerana si dia berada jauh dari anda , sentiasa dan berusaha untuk dekatkan diri anda pada si dia ,cari jalan untuk anda dekat bersama si dia , jika tempat kerja anda jauh dari negeri si dia , usaha untuk bertukar tempat kerja di negeri si dia , jika anda niat untuk mendirikan rumah tangga ,lakukan dengan niat insyaallah di permudahkan walaupun sekarang anda berjauhan dengan si dia .
5. Sentiasa berdoa untuk hubungan kalian
Jangan berharap dunia akan berubah mengikut kehendak anda , sentiasa berdoa anda dan si dia akan mengecapi kenangan terindah dalam kehidupan anda , sisih kan waktu yang sentiasa menbuatkan anda berdua sering berprasangka , kerana dunia ini milik maha pencipta . Ajal Maut Jodoh semua di tangan ALLAH ,kita hanya merancang tuhan menentukan.
p/s: Kepada mereka yang senasib macam aku nie , aku doakan korang kuat ok untuk mempertahankan cinta korang ,ada hikmah cinta jarak jauh ini ,semoga korang akan dapat kemanisan kelakk ,amin ;)
Sunday, November 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jarak jauh atau jarak dekat kedua2 nya ada pro n cons..
just be happy , do not be too worry bebeh :)
sis - thx dear ;) INSYAALLAH
Post a Comment