KOTA BHARU – Hasrat seorang warga emas untuk membersihkan diri
selepas membuang air besar terbantut apabila menemui mayat seorang bayi
diletakkan dalam sebuah beg yang ditemui terapung di dalam perigi
sedalam kira-kira lima meter.
Seorang penoreh getah, Tuan Mat Tuan Lonik, 64, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika dia ke kebun getahnya di Kampung Kubang Kacang, Limbat dekat sini untuk menoreh.
Menurutnya, sebaik tiba di kebun, perutnya tiba-tiba sakit dan dia ke kawasan semak untuk membuang air besar sebelum ke perigi tersebut untuk membersihkan diri.
“Ketika saya cuba mengambil air menggunakan baldi yang diikat dengan tali, saya ternampak sebuah beg pakaian di dalamnya. Saya hairan sebab ketika saya datang ke perigi semalam, beg tersebut belum ada.
“Saya terpaksa dapatkan sebatang buluh untuk membawa naik beg tersebut kerana perigi tersebut agak dalam dan selepas berjaya membawa naik beg tersebut alangkah terkejutnya apabila saya mendapati mayat seorang bayi berada di dalamnya,” ceritanya ketika ditemui semalam.
P/s: Aku tak paham manusia sekarang nie ,berhati manusia atau binatang , binatang pun tahu sayang anak , dah ada anak di buang buang , di campak campak di bunuh bunuh , dengar lah wahai si pelaku , engkau dah buat dosa besar kau nak tambah lagi dosa besar lagi satu , bayi yang kau buang tu mana tahu mendoakan kan kesejahteraan bile dia hidup , pikir secara nasional lah da buat salah tahu takut m, negara ada undang undang weh , aku sedih sangat lah bayi kena macam ni, bayi tu tak berdosa dan tak buat apa apa baru nak tengok dunia dah tak sempat , banyak lagi benda yang boleh buat dari kau buang anak tu merata rata , meninggal pulak . sayu hati aku , sedih :( - Via kosmo

1 comment:
kerja gile lahhh..tak ada hati perut betulll!!
Post a Comment