Thursday, October 20, 2011
9 sebab Hati tak tenang
1) PEMARAH
Paling mudah dikesan dan dilihat dan paling banyak dalam diri manusia. orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak tenang.
2) PENDENDAM
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada,orang seperti ini sentiasa mencari peluang membalas dendam hatta secara kecil kecil sekalipun sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah sakit jatung.
3) HASAD DENGKI
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya.
4) BAKHIL
Sentiasa merasakan orang lain inginkan hartanya ,contohnya sentiasa mengatakan dirinya tiada duit.
5) TAMAK
Orang yang tidak puas dengn sedikit nescaya dia tidak akan berpuas dengan yang banyak kerana di dunia ini ibarat meminum air laut ,walaupun berapa banyak yang di minumnya tidak akan berhabis (lagipu orang tamak selalu rugi)
6) TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal hal yang besar,
7) EGO
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang itu paling tidak tenang . orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin, pastinya semua orang ada ego tersendiri cuma rendah atau tinggi ego setiap orang itu.
8) RIAK
Terseksa sendiri kerana tercari cari ruang untuk di puji. sentiasa berlakon lakon di depan orang jika ia dipuji ia menambahkan amalnya ,jika ia di keji dikurangkan amalnya , ALLAH marah kalau kita riak , takbur apa yang kita miliki ,kerana apa yang kita miliki tidak akan kekal buat selamanya.
9) CINTA DUNIA
Cinta dunia merupakan *neraka dunia* kerana dunia ini panas akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkan lah akhirat di hati dan dunia di tangan supaya dunia senang di bahagi-bagikan dan akhirat dibawa mati.
p/s : ceramah jumaat :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yeah ! stuju itu :) thanks share !
smilenajah93- sila sila :)
Post a Comment