THE DODOT LIFE STORY: Tanda tanda mata berkedip

Wednesday, September 7, 2011

Tanda tanda mata berkedip

Assalamualaikum warga blogger yang cool >.<

Hari ini sudah masuk 5 hari kelopak mata bahagian atas sebelah kanan bergerak-gerak atau berkedip-kedip Pergerakannya yang datang tidak menentu dan di luar kawalan amat mengganggu dan sesungguhnya merimaskan aku. so aku tak puas hati aku survey2 kat internet search punya search ini yang aku jumpa ,



  1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

  2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

  3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

  4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Apapun alamatnya, aku rasa cukup rimas dan terganggu, menyebabkan aku mencari kaedah bagaimana hendak menghentikan pergerakan ini. Menurut sumber yang aku jumpa di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.

Semoga mata aku cepat sembuh, aku sertakan rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama.

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

  1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

  2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

  3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

  4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

  5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

  6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

  7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

  8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

  9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

  10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

  11. Bibir bawah bergerak = akan menangis

  12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik

  13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

  14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

  15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan

  16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi

  17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

  18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran

  19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

  20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua

  21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala

  22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

  23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata

  24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia
Hah... kalau pipi kiri korang tak pernah bergerak-gerak, maknanya korang tak bahagialah.
hahaha, cewaahhh pandai pandai je kan nak cakap :)

P/S : Apa2 info yang aku dapat tu kalau la alamatnya baik ,petanda baik alhamdulillah aa ,semoga kita semua dirahmatiNYA dan SENTIASA dalam LindunganNYA:) Amin :)

4 comments:

chiedah sydh said...

hahaha byk nye... kalo tapak tgn gatal? nk lempang org ke nk dpt duit?? hehehe

mieraS said...

hahahaa ,alaaa len kali miera wt entry pasal gatal tangan n kaki lak k ,hahahaaha

Asyraf Azizan said...

wohooo byknye. tapi sy xpernah pecaya bende2 cmni :)

Unknown said...

kelopak mata cik uda sebelah kiri selalu gerak2 bhgian atas....thanks 4 the info :)