“confused lah.” Keluh Mira.
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati
dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: blur*
Ayah:
Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada
Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak
mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil
hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah
turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil
hati dengan Allah.
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada
kawan-kawan kita..’Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..’ dan
sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan
lain.. ‘Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..’
jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..
Anak: termakan cili*
So
conclusion is, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan
Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah..
Setelah membaca artikel itu Nur tersenyum. Mira masih lagi dalam kekeliruan.
“maksudnya,
Allah bagi kita ujian agar kita tabah apabila di hina macam tu, tapi
kalau kita tak tabah,kita canangkan dekat satu dunia yang orang tu hina
kita maksudnya kita tak redha lah tu. At the same time kita macam
salahkan Allah pula. Dosalah tu. Sepatutnya kita redha dan banyakkan
bersabar.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment