JITRA - Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal di sini
mendakwa dipukul lima lelaki dipercayai anggota polis hanya disebabkan
tegurannya ke atas salah seorang lelaki terbabit yang tidak membuang
sampah ke dalam tong di Taman Bahagia, Kodiang dekat sini Sabtu lalu.
Mangsa, Mohd. Ridzuan Mohd. Noor, 23, memberitahu, kejadian berlaku
ketika dia membuat kerja pembersihan di taman perumahan tersebut sebelum
didatangi salah seorang lelaki yang membuang sampah di luar tong.
Katanya, dia kemudian meminta lelaki berusia awal 50-an itu membuang
sampah ke dalam tong yang disediakan, namun sebaliknya dia diherdik
dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu.
"Lelaki itu menengking dengan berkata, hang siapa, dan saya memberitahu saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut.
"Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan memberitahu, hang tidak tahu
aku siapa, kalau ada pistol aku tembak hang," ceritanya kepada
pemberita di sini semalam.
Tambahnya, lelaki terbabit yang berpakaian preman kemudian berlalu,
namun datang semula ke kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian bersama
empat lagi rakannya.
"Setiba di situ mereka mengepak tangan dan menendang saya sehingga
jatuh. Mereka kemudian menggari tangan saya. Selepas itu mereka menyepak
muka, perut dan belakang badan," dakwanya yang tidak dapat berbuat
apa-apa kerana tangan digari.
Mohd. Ridzuan memberitahu, dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kodiang
sebelum sekali lagi dibelasah oleh mereka dan selepas itu mengurungnya
di dalam lokap.
p/s : Ade jugak polis macam nie kn? dah la tua patutnya perangai baik lah sikit nie x da lah buang sampah nak belasah orang nie plak , itu lah dunia sekarang susa nak makan nasihat , via- kosmo
Monday, September 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment