SHAH ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja
perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus
di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5
September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.
Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang
juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan.
Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia
19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.
Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada
pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.
Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan
sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati
mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada
hubung kait dengan kes bunuh itu.
Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah
stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.
Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri
Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek
dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas
berang apabila permintaannya ditolak.
Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke
atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.
“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke
atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu
polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan
Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan
ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan
terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.
Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa
tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan
pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang
anting-anting.
p/s : Bagi aku jantan nie mang kuaja ,da xdpt ape dye nk bkn men nk bunuh2, bakar2 ,ko tunggu lah akibat ko wahai si jantan yang xbperikemanusiaan ! aku sgt marah berita psl ne sebab tmpt kejadian nie dkt sgt ngn kawasan perumahan aku ,sangattak sangka dunia sekarang smakin kejam !!!! dulu kat taman kosas astaria lagi dekat dgn kawasan rumah aku ,jadi takut nak keluar , huhssh
Thursday, September 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
owhhh..sebab penolakkan je dah bunuh siap bakar2 lagi...
kejam...kerana nafsu yang 1 je...hmmmmm...
aien- taw xpe kn .cm syaitan je perangai
memang setan....
apalah nak jadik dekat lelaki zaman sekrang nie . susah nak dapat yang baik .
Post a Comment