TOKYO - Taufan kuat melanda Jepun semalam sekali gus menyebabkan
hujan lebat di bandar raya ini selain menyebabkan pengangkutan awam
terjejas.
Seramai empat orang mati semasa taufan Roke melanda negara ini.
Taufan itu kini melanda kawasan yang menempatkan loji nuklear
Fukushima di timur laut Jepun yang rosak selepas dilanda ombal tsunami
pada 11 Mac lalu.
Ia yang merupakan taufan kedua terbesar melanda Jepun pada bulan ini.
Taufan itu bergerak selaju 220 kilometer sejam dan menurunkan hujan
lebih 40 sentimeter di bahagian timur dan barat Jepun sejak 24 jam lalu.
Bekalan elektrik untuk lebih 575,500 penduduk yang dibekalkan oleh syarikat Tokyo Electric turut terputus.
Taufan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api terhenti di sekitar
Tokyo mengakibatkan ribuan penumpang terkandas semasa mereka dalam
perjalanan pulang ke rumah. Stesen penyiaran NHK menyatakan kira-kira 450 penerbangan terpaksa dibatalkan.
Perkhidmatan Kereta Api Tengah Jepun menyatakan, beberapa perkhidmatan kereta laju juga digantung.
Syarikat Toyota menyatakan pihaknya merancang untuk menutup sebanyak
11 buah kilang di tengah Jepun dan menghentikan kerja pada waktu malam.
Sebuah lagi syarikat kereta, Nissan menghentikan perkhidmatan di dua buah kilangnya.
p/s : Ya Allah selamatkan lah nyawa nyawa rakyat malaysia disana , dan berharap semua akan baik seperti sedia kala ,amin :)
Wednesday, September 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment