KUALA LUMPUR – Seramai 56 bayi Hari Malaysia 2011 dilahirkan di tiga
hospital kerajaan dan dua hospital swasta di ibu negara dan Ipoh, Perak
sejak tengah malam semalam hingga tengah hari semalam.
Daripada jumlah itu, 20 merupakan bayi perempuan dan 18 bayi lelaki.
Tinjauan Bernama mendapati kelahiran paling ramai di Hospital Kuala
Lumpur (HKL) dengan 17 bayi diikuti Hospital Ampang (10) dan lapan bayi
di Hospital Kajang.
Di hospital swasta pula, Pusat Perubatan Sentosa dua kelahiran manakala seorang bayi dilahirkan di Pusat Perubatan Tropicana.
Daripada jumlah itu, empat kelahiran melalui pembedahan, tiga di HKL dan seorang di Hospital Ampang.
Tinjauan mendapati HKL menyambut kelahiran pertama bayi seberat 2.94
kilogram (kg) pada pukul 12.15 pagi manakala bayi seberat 2.21kg di
Hospital Ampang pada pukul 12.20 pagi, masing-masing seorang perempuan
dan lelaki.
semoga baby baby yang dilahirkan ini sihat sihat selalu :)
Friday, September 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment