Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2
perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2
perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat &
saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah
satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul!
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan
kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak
tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya?
Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah
hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai
lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn
ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak
menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang
anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi
Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan
sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s;
Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika
tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr
melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah
S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api
neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!
Tuesday, September 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment