Sunday, July 17, 2011
Malaysia Tanah Tumpah Darahku ~
Dah puas nak menghina Negara Malaysia ? walaupun cuma bola sepak , tapi mereka sanggup menganaktirikan negara sendiri. dah lupa dah di mana bumi kita berpijak ? dah lupa dah jasa baik negara pada kita ? Walaupun negara kita ni ada kalanya berlaku pergolakkkan politik tapi kita patut bersyukur kerana di lahirkan di dalam negara yang serba serbi. Mana budi bahasa yang kita pelajari dari zaman tok kaduk lagi ? Mana pergi janji sumpah disaat kita laungkan perkataan 'MERDEKA' dulu ? Mana pergi pengertian kita disaat rakyat Melayu bertungkus lumus mengorbankan nyawa semata mata kebahagiaan kita pada hari ini ? Mana hilangnya pedoman kita tatkala memperlihatkan pembangunan negara ? sayang seribu kali sayang , angkara bola sepak kita sanggup memperlekehkan negara dimana kita berpijak. Entah apa perkataan yang wajar saya katakan pada orang sebegini kejam terhadap negara sendiri. kasihan ;(
Semalam 15 Julai 2011 , Hari bersejarah buat penyokong Liverpool kerana kedatangan pemain bola kebanggaan mereka datang menentang pemain negara kita. wajarlah kalau itu yang kalian banggakan , orang yang kita admire kan ? tak salah , memang tak salah tapi yang salah apabila ada segelintir rakyat MALAYSIA yang memperkotakkatikkan pemain negara kita sendiri. Terpana saya tatkala terbaca post daripada seorang lelaki dewasa berumur 24 Tahun berkata
"JAHANAMLAHH MALAYSIA" dilaman sesawang facebook. wajarkah anda berkata demikian pada negara ? Apa jasa baik yang telah anda taburkan pada negara anda sendiri ? sungguh ceteknya minda anda berkata demikian. untuk Makluman anda , GAME Liverpool menentang team Malaysia adalah game yang tak patut anda banggakan. saya berbangga dengan team Malaysia , sekurang kurang tiga gol telah di lontarkan. Tetapi bagaimana corak permainan Team kebanggaan anda itu semalam ?? Adakah mereka bermain seperti mana yang anda lihat apabila mereka bermain di luar negara sana ? fikir - fikirkan lah !
by Nursadrina.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hurmmm... payah la kalo org mcm 2...
tu laa ,kwn2 mira pon ade gak cmtu ,pelik obses sgt ngn pmain lua negara ~
alaaa dorg 2 mnusia bese gak...
Post a Comment